Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) adalah kumpulan pemimpin pelajar yang dilantik oleh pihak maktab atas permohonan pelajar yang disokong oleh Penasihat Homeroom masing-masing. Tujuan utaman badan ini ialah untuk membantu para guru dalam memastikan segala peraturan dan undang-undang maktab dipatuhi oleh para pelajar. 

Calon-calon yang telah terpilih akan dilantik secara rasmi dalam satu majlis perhimpunan umum pelajar. Calon akan diminta melafazkan ikrar, menanda tangani akujanji akan melaksanakan tugas yang diberi dengan penuh tanggung jawab .