PENGENALAN PENUBUHAN

MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUANTAN

 

MRSM Kuantan telah memulakan sesi pengajian pada 09.03.1974 dengan pelajar seramai 142 orang sahaja sehinggalah ke hari ini MRSM kuantan telah mempunyai 625 orang pelajar yang terdiri dari pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima. Pelajar-pelajar perintis ini telah mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Lower Certificate Education (LCE) pada tahun 1976 dengan mencapai kejayaan 100% Kelulusan. MRSM Kuantan telah dirasmikan pada 3 Julai 1978 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Mua'dzam Shah.