Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Maktab Rendah Sains MARA Kuantan

Selamat datang dan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web MRSM Kuantan

Terlebih dahulu di panjatkan kesyukuran ke hadrat illahi kerana dengan izinNya, Laman web rasmi maktab ini telah berjaya dihasilkan.

Saya merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada jawatankuasa ICT maktab dan semua pihak yang telah bekerjasama menyumbangkan masa, tenaga dan buah fikiran dalam merealisasikan dan menambahbaik laman web ini.

Semoga warga maktab ini sentiasa menunjukkan inisiatif serta komitmen yang tinggi dalam apa jua usaha menjana kecemerlangan maktab ini.

laman web ini seharusnya menjadi medan yang memudahkan untuk berkomunikasi serta menyalurkan maklumat kepada para penlanggan MRSM Kuantan, khususnya kepada para ibu bapa, dan juga semua pihak yang ingin menjalinkan hubungan dengan maktab ini.

Adalah menjadi hasrat kami untuk melihat web ini memaparkan maklumat terkini tentang aktiviti MRSM Kuantan serta maklumat-maklumat yang berkaitan dan berguna dari semasa ke semasa.

Sesungguhnya, penggunaan ICT seperti ini dapat memperluaskan fungsinya untuk mewujudkan rangkaian dengan institusi-institusi lain. Selaras dengan hasrat MARA, kami berharap melalui cara pembudayaan inovasi serta aplikasi teknologi ini akan menjadikan MRSM Kuantan sebuah institusi pendidikan yang teras unggul, Insya' Allah.

Akhir kata saya mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan dan saranan yang membina melalui laman web maktab ini.

Selamat melayari laman web Maktab Rendah Sains MARA Kuantan.

Sekian, Terima Kasih.

En. Ahmad Naszeri Bin Salleh
Pengetua