PERANGKAAN PELAJAR

MRSM Kuantan mempunyai  kumpulan pelajar iaitu pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. MRSM Kuantan mampu menampung kapasiti pelajar di antara lingkungan 700 orang pelajar. Untuk setiap tahun, pengambilan pelajar baru adalah lebih kurang 150 orang pelajar Tingkatan 1 dan 150 pelajar Tingkatan 4



Untuk setiap tingkatan, terdapat di antara 6 kelas, bergantung terhadap pengambilan pelajar pada tahun tersebut. Setiap kelas boleh memuatkan 25 orang pelajar. Tempoh pengajian di MRSM Kuantan ialah selama 3 tahun untuk pelajar Menengah Rendah dan 2 tahun untuk pelajar Menengah Atas. Selepas tamat peperiksaan akhir semester Tingkatan 3 dan Tingkatan 4, para pelajar akan diraikan dalam Majlis Graduasi untuk menandakan kejayaan melahirkan anak-anak MARA yang mampu menerajui tonggak negara pada masa hadapan.


PENGAMBILAN PELAJAR

 Mulai tahun 2013, pelajar Menengah Rendah adalah di bawah program Dwi-Sijil iaitu IGCSE dan PT3 disamping program pendidikan MARA yang sedia ada. Program PT3 bermula dati Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 manakala Program IGCSE akan berterusan sehingga ke Tingkatan 4. Pengambilan pelajar adalah berdasarkan kepada permohonan pelajar tetapi akan dikehendakki melalui proses Ujian Khas dan temuduga. 

Untuk pelajar Menengah Atas, MRSM Kuantan merupakan salah satu daripada maktab Program Khas Pendidikan (PKP) di Malaysia.. Kaedah pengambilan pelajar adalah sama dengan kaedah pengambilan pelajar bagi MRSM lain, namun begitu terdapat penekanan terhadap beberapa kriteria penting. Berikut ialah syarat kelayakan untuk memasuki salah satu daripada MRSM Bitara :-

  • Mendapat sekurang-kurangnya 8A dalam Peperiksaan Menengah Rendah.
  • Lulus ujian kecenderungan (UKKM) yang diadakan bagi calon-calon MRSM selepas PT3 di pusat-pusat tertentu
  • Aktif dalam bidang ko-kurikulum.